Khamis, Mei 28, 2009

Muat Turun Peraturan & Borang

Sila klik untuk muat turun






Borang penyertaan melalui pos boleh di alamatkan kepada:

Penganjur I-MAC 2009,
Pusat Komuniti JIM,
Lot 300.3 Lorong Selangor,
Pusat Bandar Melawati,
51300 Kuala Lumpur.

Anda juga boleh menghantar borang penyertaan melalui e-mail di alamat:

imac.karisma@gmail.com

sertailah I-MAC 2009 dan hebahkan!!!

Selamat Berkarya

~

Read more...

Selasa, Mei 26, 2009

Tema I-MAC 2009

Read more...

Call for Talent




Read more...

Logo dan Ikon I-MAC 2009


Logo Rasmi I-MAC


Ikon Rasmi I-MAC

Read more...

Jumaat, Mei 22, 2009

Islamic Media Award Competition

THE ISLAMIC MEDIA AWARD COMPETITION
(I-MAC 2009)


Tarikh
30 Mei 2009 – 17 Julai 2009
Anjuran bersama
Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)
Jemaah Islah Malaysia (JIM)

SYARAT UMUM PERTANDINGAN

1. Penganjur bagi pertandingan ini adalah Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA).
2. Pertandingan ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berumur 15 tahun dan ke atas.
3. Tiada yuran penyertaan dikenakan kepada peserta.
4. Peserta tidak dibenarkan plagiat mana-mana hasil karya atau hasil kerja individu/kumpulan tertentu.
5. Medium bahasa yang digunakan hanyalah Bahasa Inggeris/Bahasa Malaysia.
6. Sebarang hasil karya atau hasil kerja cerpen/fotografi/lirik nasyid/ sajak/multimedia yang dihantar kepada penganjur adalah hak milik penganjur sepenuhnya. Pengajur berhak mempamerkan hasil penyertaan kepada umum sebagai pengajaran dan kegunaan lain.
7. Setiap penyertaan perlu berdasarkan salah satu tema yang disenaraikan oleh pihak penganjur. Sebarang penyertaan di luar tema akan hilang kelayakan bertanding.
8. Tarikh tutup bagi semua kategori pertandingan adalah pada 8 JULAI 2009.
9. Para peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan tetapi perlu menggunakan borang penyertaan yang berbeza sekiranya berlainan kategori dan tema. Satu borang adalah untuk satu kategori dan tema penyertaan sahaja.
10. Semua penyertaan melalui pos perlulah di alamatkan kepada:

Pengajur I-MAC 2009
Pusat Komuniti JIM
Lot 300.3 Lorong Selangor
Pusat Bandar Melawati
51300 Kuala Lumpur

11. Sekiranya hasil penyertaan di hantar melalui pos, pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kehilangan ketika perjalanan.
12. Bukti tarikh penghantaran bukanlah bukti penerimaan.
13. Semua hasil media akan di nilai melalui kreativiti, keaslian karya, ketelitian dan kandungan berasaskan tema pilihan.
14. Keputusan para juri adalah muktamad.
15. Para pemenang akan dimaklumkan melalui telefon atau surat. Sekiranya peserta tidak dihubungi sehingga 17 JULAI 2009, peserta dianggap tidak berjaya.

Read more...

Tentang i-MAC 2009

i-MAC atau ringkasan bagi Islamic Media Award Competition merupakan pertandingan yang dianjurkan oleh Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) dengan kerjasama Jamaah Islah Malaysia (JIM)

Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia

KARISMA adalah akronim bagi Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia, sebuah institusi mahasiswa yang ditubuhkan di atas inisiatif Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melalui Jawatankuasa Institut Pengajian Tinggi JIM (JIM-IPT).

Jamaah Islah Malaysia

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia atau JIM, mengasaskan kewujudannya dengan menghayati pengertian al-islah yang membawa maksud pembaikan, pembaharuan serta mewujudkan perdamaian.

JIM adalah gerakan Islam yang menjadikan aktiviti-aktiviti da'wah dan pembangunan sosial sebagai teras aktivismenya.

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP