Sabtu, Ogos 15, 2009

Tahniah!!!

Read more...

Tahniah Pemenang I-Mac 2009

Read more...

Terima Kasih buat Juri ...


Read more...

Rabu, Julai 22, 2009

Pengumuman Kepada Peserta

Assalamualaikum wbt.

Kepada bakal para pemenang, anda akan diraikan seperti butiran di bawah:

Tempat: Hotel Putra Kuala Lumpur
Tarikh: 25 Julai 2009 (Sabtu)
Masa: 2.30 petang

bersempena

majlis Hi-Tea bersama Media JIM

Diharapkan semua
peserta membaca emel masing-masing untuk mengetahui maklumat lanjut.

Wassalam.

Read more...

Selasa, Julai 14, 2009

Penyertaan Ditutup!

Alhamdulillah, dengan ini diumumkan penyertaan ditutup.

Segala penyertaan selepas ini tidak akan diterima.

Insya Allah, para pemenang akan dihubungi melalui e-Mail dan telefon.

Jutaan terima kasih dan jazaakumullaahu khairan kathiiraa buat semua peserta.

~ Express Islam Through Media ~

Read more...

Selasa, Jun 30, 2009

Tarikh Tutup Ditunda...


Berita baik untuk semua!!!
Diumumkan bahawa pertandingan The Islamic Media Award Competition ditutup pada 13 JULAI 2009.


~ Express Islam Through Media ~



Read more...

Isnin, Jun 29, 2009

Hadiah untuk Dimenangi!!! ver.ii


~


~



~





~~

Read more...

Rabu, Jun 17, 2009

Hadiah untuk Dimenangi!!!

(klik gambar)


(klik gambar)



~~~

Read more...

Khamis, Jun 11, 2009

Tentang I-MAC09

MAKLUMAT PROGRAM

Nama : Islamic Media Award Competition 2009 (I-MAC 2009)

Tema : “Media Meriah Rancakkan Dakwah”

Tarikh : 30 Mei 2009 – 8 Julai 2009 (40 hari)

Sasaran Peserta : Individu berumur 15 tahun dan ke atas

Penganjur : Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)

Pemantau : Jamaah Islah Malaysia (JIM)


OBJEKTIF

1. Menggalakkan penyampaian bahan bermesej dan nilai-nilai murni menggunakan alat media yang pelbagai.

2. Menjadi satu testimoni kepada masyarakat tentang kesungguhan dan iltizam pihak penganjur iaitu KARISMA dalam menyebar luaskan kemurnian ISLAM.

3. Membudayakan budaya menulis yang berorientasikan informasi dan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat yang sedia meminati bidang penulisan.

4. Membantu dalam pembentukan minda yang kreatif dalam kalangan masyarakat untuk melihat sesuatu dari perspektif yang berbeza menerusi tema-tema yang disediakan penganjur.

5. Mengenalpasti individu-individu yang berbakat dan berpotensi dalam bidang penulisan, fotografi, dan multimedia agar mereka berterusan menyampaikan dakwah serta nilai-nilai murni kepada masyarakat.


TEMA PERTANDINGAN

1. Adat dan Tradisi (Custom and Heritage)

2. Malaysia yang kuimpikan (My Dream Malaysia)

3. Kehidupan Pelajar (Student Life)

4. Alam (Nature)

5. Islam itu kebanggaanku (Proud to be a Muslim )

6. Di bawah naungan Al-Quran (In the Shade of the Quran)

7. Manisnya Dakwah (The Beauty of Doing Dakwah)

8. Fikrah Islam Dominan Alam Kampus

*Penyertaan adalah dalam dwi-bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

~

Read more...

Khamis, Mei 28, 2009

Muat Turun Peraturan & Borang

Sila klik untuk muat turun






Borang penyertaan melalui pos boleh di alamatkan kepada:

Penganjur I-MAC 2009,
Pusat Komuniti JIM,
Lot 300.3 Lorong Selangor,
Pusat Bandar Melawati,
51300 Kuala Lumpur.

Anda juga boleh menghantar borang penyertaan melalui e-mail di alamat:

imac.karisma@gmail.com

sertailah I-MAC 2009 dan hebahkan!!!

Selamat Berkarya

~

Read more...

Selasa, Mei 26, 2009

Tema I-MAC 2009

Read more...

Call for Talent




Read more...

Logo dan Ikon I-MAC 2009


Logo Rasmi I-MAC


Ikon Rasmi I-MAC

Read more...

Jumaat, Mei 22, 2009

Islamic Media Award Competition

THE ISLAMIC MEDIA AWARD COMPETITION
(I-MAC 2009)


Tarikh
30 Mei 2009 – 17 Julai 2009
Anjuran bersama
Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)
Jemaah Islah Malaysia (JIM)

SYARAT UMUM PERTANDINGAN

1. Penganjur bagi pertandingan ini adalah Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA).
2. Pertandingan ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berumur 15 tahun dan ke atas.
3. Tiada yuran penyertaan dikenakan kepada peserta.
4. Peserta tidak dibenarkan plagiat mana-mana hasil karya atau hasil kerja individu/kumpulan tertentu.
5. Medium bahasa yang digunakan hanyalah Bahasa Inggeris/Bahasa Malaysia.
6. Sebarang hasil karya atau hasil kerja cerpen/fotografi/lirik nasyid/ sajak/multimedia yang dihantar kepada penganjur adalah hak milik penganjur sepenuhnya. Pengajur berhak mempamerkan hasil penyertaan kepada umum sebagai pengajaran dan kegunaan lain.
7. Setiap penyertaan perlu berdasarkan salah satu tema yang disenaraikan oleh pihak penganjur. Sebarang penyertaan di luar tema akan hilang kelayakan bertanding.
8. Tarikh tutup bagi semua kategori pertandingan adalah pada 8 JULAI 2009.
9. Para peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan tetapi perlu menggunakan borang penyertaan yang berbeza sekiranya berlainan kategori dan tema. Satu borang adalah untuk satu kategori dan tema penyertaan sahaja.
10. Semua penyertaan melalui pos perlulah di alamatkan kepada:

Pengajur I-MAC 2009
Pusat Komuniti JIM
Lot 300.3 Lorong Selangor
Pusat Bandar Melawati
51300 Kuala Lumpur

11. Sekiranya hasil penyertaan di hantar melalui pos, pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kehilangan ketika perjalanan.
12. Bukti tarikh penghantaran bukanlah bukti penerimaan.
13. Semua hasil media akan di nilai melalui kreativiti, keaslian karya, ketelitian dan kandungan berasaskan tema pilihan.
14. Keputusan para juri adalah muktamad.
15. Para pemenang akan dimaklumkan melalui telefon atau surat. Sekiranya peserta tidak dihubungi sehingga 17 JULAI 2009, peserta dianggap tidak berjaya.

Read more...

Tentang i-MAC 2009

i-MAC atau ringkasan bagi Islamic Media Award Competition merupakan pertandingan yang dianjurkan oleh Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) dengan kerjasama Jamaah Islah Malaysia (JIM)

Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia

KARISMA adalah akronim bagi Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia, sebuah institusi mahasiswa yang ditubuhkan di atas inisiatif Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melalui Jawatankuasa Institut Pengajian Tinggi JIM (JIM-IPT).

Jamaah Islah Malaysia

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia atau JIM, mengasaskan kewujudannya dengan menghayati pengertian al-islah yang membawa maksud pembaikan, pembaharuan serta mewujudkan perdamaian.

JIM adalah gerakan Islam yang menjadikan aktiviti-aktiviti da'wah dan pembangunan sosial sebagai teras aktivismenya.

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP